Aktiviti

Cuba untuk menjadi RAJIN. Walau dalam keterpaksaan untuk kerelaan. PAKSA RELA untuk menjadi SUKARELA.

Ahad, Mei 27, 2012

MR FIANCE

Dengan rasminya, semalam, gua telah menjadi MR FIANCE pada seseorang yang sekian lama begitu SETIA, yakin dan bersungguh dalam menjaga hal kebajikan dan diri gua ini. Walau satu ketika gua pernah ranapkan perasaan nya itu, tapi dia tetap dan masih mahu menerima gua seadaanya gua. Dia bukanlah wanita yang banyak songeh dan cerewet. Dia persis IBU. Tabah dalam segala. Kuat dalam, nyata, walau kadang kala dia menelan segala pahit rasa. Mana mungkin gua akan jumpa wanita seperti ini lagi? SETIAnya begitu MAHAL sekali. Gua seharusnya bersyukur atas penerimaan dia ini. Apa pun, muga gua sentiasa jadi yang terbaik seperti mananya dia. TERIMA KASIH atas segalanya, dan MAAF AMPUN seagungnya. Muga gua dan lu bersatu di musim yang lain pula!

p.s : gua adalah mr fiance.

Rabu, Mei 23, 2012

JAR KEDUA KALI

Jar kedap udara yang terisi hati dan jiwa, jatuh terhempas ke tanah, jar nya pecah dan punah, hati dan jiwa ranap dan luka bernanah. Maka isinya itu tidak boleh dikembalikan langsung pada tuan asalnya. Terlalu lalai dan cuai dalam menjaga.

Hey kamu!

Cukuplah, cukup.

Saya tak larat lagi. Biar hati dan jiwa saya tiada dan pergi, biar ia tidak diracuni lagi. Saya pedih dan sakit sekali, melihat kamu gembira dan hepi dengan kekasih lama yang kamu sayangi.

Cukuplah, cukup.

Selamat tinggal untuk hari esok dan masa depan.

p.s: cukup lagi?

Ahad, Mei 20, 2012

CERTOT : BISU?

Ini kali yang ke seratus empat puluh tiga. Mesej pendek itu tetap pergi dan kemudian masih sepi. Bisu dan kaku. Kali ini dia nekad. Cukuplah dia menatang beria, menampung segala harapan yang sengaja dia cipta. Buat apa ditagih kasih nya orang, jika dia sahaja yang bersungguh-sungguh menjaga?

Ini hari yang ke 23. Hanfon nya masih membisu.
Hari yang ke 35. Masih sama.
Hari yang ke 47. Tett!

"Hai! Wat pe tu?"

Demmit! kali ini dia gagal lagi. GAGAL mempertahankan egois. Tewas lagi. Berterusan kalah pada empunya pemilik mata yang indah.

p.s : bila rancaknya?

Isnin, Mei 14, 2012

CERTOT : MATA

Maka dijadikan sebuah nukilan rasa, sebuah bicara biasa yang ditambah perisa, membakar rasa jiwa dan mencuri segala warna ceria.

Malam itu sekali lagi kumpulan ini menari. Sekali lagi lemah gemalai dan tertib lontar tubuh dan lenggok badan tetap berseni dan terjaga rapi. Disekeliling duduk segala orang yang datang mahu berhibur dan melepas lelah, hadir di satu pesta keramaian rakyat.

Dalam kumpulan itu, wujudnya sepasang mata yang cantik, indah, mekar dan nakal. Dimiliki oleh seseorang yang manis dan molek gaya budi bahasa dan air wajahnya. Ditempat yang sama juga hadirlah seorang jejaka biasa yang turut serta bersama gerangan lainnya. 

Malam itu, mata bertemu mata. Sepasang mata yang segan dan malu, sepasang lagi begitu suka memerhati. Bila mata bertemu mata, ada semacam aliran rasa yang mula meneroka segenap ruang tubuh. Ya, apakah ini rasanya indah bahgia?

Selesai keramaian, maka si jejaka cuba untuk menghampiri si pemilik mata. Si jejaka segan kerna si pemilik sudah berpunya. Si jejaka senyapkan sahaja, diintai dari jauh. Kadang kala mengeluh bila melihat si pemilik mata bersama dengan jejaka pilihannya. Si jejaka senyumkan aja, buat apa digaduh dengan perasaannya itu? 

Pada malam berikutnya, aktiviti yang sama, hadir si jejaka melihat lagi si pemilik mata. Si pemilik mata masih lagi nakal dengan matanya. Masih mencari peluang dan ruang untuk disuakan kepada si jejaka. Si jejaka sekali lagi tersentuh hati dan jiwanya. Kali ini si jejaka merasakan jiwa dan hatinya dicuri. Dicuri oleh pemilik mata.

Kalau begini lah jadi nya, maka sampai bila?

Maka malam esoknya si jejaka beranikan diri, berdepan mata dengan si pemilik mata. Ditanya lah dia segala rasa.

"Jiwa saya hilang dicuri oleh mata awak yang memandang... boleh pulangkan semula pada saya agar saya bisa berikan pada siapa yang mahu menyimpannya?"

"Tidak mahu, saya mahu simpankan ia didalam kotak hati milikan saya.."

"Mengapa?"

"Biar jiwa awak itu tiada siapa yang dapat dipunya melainkan saya..."

Si jejaka senyap. Pasrah. Ini memang racun. Racun.

P.s : mata-mata indah.

Jumaat, Mei 04, 2012

PATRIOTIK

Hampir nak masuk 5 bulan gua bergelar seorang cikgu. Ya, satu tittle yang gua tak pernah sesekali terlintas. Tapi ia adalah perkara yang menyeronokkan, lebih lebih lagi, gua yang memang suka cari pasal mencuba segala macam benda selagi ia berorientasikan apa yang gua suka. Aktiviti kelas gua hari ini ialah theater games - "i'm thinking of kind of..." jadi task nye ialah, budak2 perlu menyebut satu nama perkataan yg ada dalam kumpulan yg dinyatakan (cth: Fruits! School! Magazine!). 

Jadi bila seseorang memulakan  "i'm thinking of kind of... FRUITS!" jadi yang lain harus segera menyebut nama buah-buahan yang dapat dikenalpasti. Contoh : Apple! Watermelon! Orange! Kiwi! Siapa yg GAGAL memberikan nama, atau mengulang semula apa yg disebut, dia harus didenda dengan ACTING / SINGING / DANCING. 

Nak jadi kan cerita, tadi ada seorang budak yg didenda kerana dia STUCK dengan perkataan, dan itu bukanlah satu kesalahan besar, cuma dalam permainan siapa yang salah harus didenda, dan dia mencabut kad denda. Kad denda tertera perkataan 'SINGING', lantas budak tersebut menyanyikan lagu NEGARAKU dan automatiknya BUDAK BUDAK yg lain turut BERDIRI sama bilamana lagu tersebut dinyayikan. 

Wah! ini satu perkara yang amat seronok! Tanpa disuruh-suruh, budak-budak ini dengan sendirinya bangun dan berdiri tegak tanpa soal dan bercakap. Ia adalah tanda bagaimana budak budak tersebut menghormati lagu kebangsaan kita dan mereka memberikan ruang pada budak yang didendakan itu untuk menghabiskan lagu nya. Walau majority nya bukan berbangsa sama cam gua. * gua sayang lu orang!

gambar hiasan. keh keh keh!

p.s : rasa patriotik itu tak perlu dipaksa rela.

Rabu, Mei 02, 2012

PROMO : ROMPAKAN BERSEPADU

Tumpang Promo : Mari! Mari! Mari! jengah! jenguk! datang! tiba! hadir! lihat! dengar! rasa! pandang! simpan! luah! sebar dan hebah! *Mekaseh 

 

p.s : hadir jika anda bukan seorang yg lucah!

Selasa, Mei 01, 2012

MUSUH AGUNG

Aku sengaja meracuni hati dan perasaan ku dengan mengingati kamu yang ternyata memusuhi diriku.

p.s : musuh agung

Isnin, April 30, 2012

CERTOT: JAR KEDAP UDARA

Hati itu dipotong nipis, dimasukkan dalam jar kedap udara. Di tulis sekeping nota lekat, ditulis dengan pena marker merah.

"JANGAN di usik hati ini. HATI ini bukan untuk siapa siapa lagi."

Lantas seluruh mahluk TUHAN berkromosom gen XX, berasa luluh dan pedih sekali perasaannya. Mungkin ini dikatakan SERIK yang teramat sekali.


p.s : tidak mahu lagi.

Ahad, April 29, 2012

CERTOT : MARI

Malam itu tidurku lena sekali. Nyeyak dan aman. Bila sahaja aku terjaga, rasa segar dan indah menjelma. Lantas aku bangkit dan bangun, menuju ke meja. Mencapai telefon bimbit ku, segera aku menaipkan sesuatu untuk dikirimkan pada kamu.

"Mari bercinta untuk selama lamanya.."





p.s : indah itu memang kita yang cipta agungkan.

Sabtu, April 28, 2012

CERTOT : INJAKLAH LAGI

Malam kelmarin sama dengan malam malam yang sebelumnya. Kelam gelap dan gelita. Sunyi tanpa bintang dan rasa. Bulannya tiada. Cuma ada awan mendung yang berkumpul melata menunggu masa untuk turun renyai sekaligus mengisi ruang 'kering kontang' yang kau sengaja ciptakan.

Ya, kali ini aku tewas lagi. 

Kini dari jauh aku dapat merasakan bahawa engkau sentiasa senyum dan ketawa berdekah dekah bilamana engkau tahu yang aku kini selamanya resah gelisah. Resah gelisah oleh perbuatan mu yang menyekat segala angan-angan ku.

Kini ku jatuh di bawah tapak sepatu mu itu dan kau bangga menginjak injak maruah kepala ku dengan mengatakan 

"Pergi berambus lah SETAN!"

Maka akulah  SETAN yang tidak bertanduk itu. Yang seterusnya menjadi makhluk TUHAN yang paling kau benci walau satu ketika dahulunya aku disanjung tinggi dan jauh dari bumi.

p.s : sanjung lambung